Thursday, September 23, 2010

Lagi Sebulan...

Tengah mengira-ngira janga waktu yang semakin singkat...

lagi sebulan lebih je agi isteri dan anak-anak akan balik ke Malaysia. Bermakna, dalam tempoh itu juga lah hanya masa yang aku ada untuk bersama-sama insan-insan yang aku sayangi ini di luar negara. Selepas ini, mereka akan terus tinggal di Malaysia. Pengorbanan ini aku lakukan demi kepentingan dan kebaikan masa depan pendidikan anak-anak terutamanya pendidikan Islam. Meskipun rasa terpaksa... tetapi aku tetap redha dengan ketentuan ini. Aku hanya menyerahkan segala-galanya kepada Allah SWT. Didoakan agar dengan pengorbanan ini, segala-galanya akan berada dalam kebaikan. Insyaallah... amin...

Thursday, May 27, 2010

Sejuk Oh Sejuk...

Hari2 mendung je. Cuaca pulak makin hari makin sejuk. Anak2 pun dah mula selsema, batuk2 termasuklah aku sendiri. Itu belum ada snow lagi. Entahlah... kalau ada snow macam mana lah. silap2 hari2 demam...

Ini lah kuasa Allah SWT. Menguji hamba-Nya. Oleh itu, sebagai hamba-Nya yang lemah dan tidak berdaya, kesyukuran mestilah dipanjatkan kepada-Nya. Semoga kita senantiasa dikurniakan rahmat dan keberkatan oleh Allah SWT.

Insyaallah...

Saturday, May 15, 2010

Esok...Golf!!!

Esok nak main golf... aduhhh!!! apa nak jadi lah duduk kat Peru ni. Golf sebulan sekali. Kalau ada driving range, ok lah jugak. Tapi... apa pun takde. Huhhhh!!! sampai bila nak hidup macam ni...

Sejak 6 bulan duduk kat Peru ni... rutin harian, Rumah - Office - Rumah. Hujung minggu...aktiviti seperti biasa... Jockey Plaza, Plaza San Miguel, Motor Plaza, Wong Supermarket, Metro, Totus, Saga Falla Bella, Ripley (mahai pulak), Kenneddy Parl, tepi laut dan apa-apa lah. Itu lah yang dok pusing-pusing, ulang-ulang bila tiba hujung minggu. Boleh lah... at least lebih baik kalau nak banding Myanmar.

Apa nak buat... bertugas demi negara. Pahit, manis, masam, madu semuanya ada. Yang penting... hidup tenang, aman, damai, banyak dengan keluarga dan banyak masa duduk di rumah daripada merayap kat luar...

Wassalam,

Wednesday, May 12, 2010

Harapan...

Semalam merupakan hari yang agak ceria... berita yang diterima agak menggembirakan meski pun ianya boleh bertukar hanya kepada sebuah harapan. Namun... aku berdoa agar ianya menjadi kenyataan. Mengapa aku mengharapkan ianya terjadi??? kerana... aku percaya dan yakin dengan rezeki Allah SWT serta mungkin ini suatu rezeki untuk anak-anak ku. Sememangnya... bagai manusia biasa, aku amat mengharapkan agar ianya benar2 terjadi. Aminnn...

Tanpa berlengah... aku telah sediakan dan siapkan maklumat yang diminta. Sekali lagi aku berdoa dan berharap agar kertas kerja yang bakal dihantar akan mengembalikan berita gembira itu. Jika tidak... aku akan pasrah dan menerimanya dengan hari terbuka. Aku mesti percaya bahawa... segala apa yang bakal berlaku, adalah ketentuan-Nya. Sebagai manusia biasa, hamba-Nya yang kerdil dan tidak berdaya... aku akan terus berdoa dan mengharapkan keredaan-Nya...

Wallahualam,

Wednesday, May 5, 2010

Kata-kata Seorang Sahabat...

Sahabat2 ku...

Aku nak garap balik kata-kata salah seorang sahabat karib aku supaya boleh dijadikan panduan untuk diri aku dan jugak teman2 yang lain...

Setiap apa yang kita lakukan adalah atas keputusan kita sendiri. Setiap risiko daripada keputusan yang buat, mesti kita hadapi dan tanggung. Setiap keputusan atau jalan yang kita pilih, mesti ada pengaruhnya dari orang lain yang ada disekeliling kita. Di sinilah kepandaian atau kebijaksanaan kita teruji. Kita sendiri akan nampak sama ada keputusan yang kita akan atau telah buat adalah keputusan yang baik atau suatu yang tidak bijak.

Bermaksud... apa yang akan dan telah kita hadapi atau jalani adalah atas keputusan kita sendiri. Orang-orang di sekeliling kita adalah satu pengaruh yang perlu dan boleh pertimbangkan sama ada boleh diambil atau tidak kata-kata mereka. Kita suarakan apa saja, orang lain pun ada hak bercakap apa saja. Terpulanglah kepada diri kita sendiri untuk memilih mana yang terbaik untuk buat keputusan yang terbaik.

Sama ada negatif atau positif, diri kita jugaklah yang akan menentukan apa yang harus kita pilih. Jika kita lebih memilih ke arah negatif, maka hidup kita juga akan menjadi negatif. Sekiranya jiwa kita sering berfikir positif atau menganggap apa saja yang berlaku itu pasti ada elemen positif yang tersirat serta tersurat, makan hidup kita akan senantiasa dilindungi perasaan2 yang positif.

Nak berjaya, kena lah positif bahawa kita akan berjaya jika rajin berusaha kerana kejayaan hanya akan boleh digapai jika kita berusaha keras untuk berjaya... Nak gagal cukup mudah, tak payah nak fikir bagaimana nak jadi berjaya... cukup mudah jika nak gagal...

Oleh itu... setiap apa jua keputusan yang kita buat adalah risiko yang perlu kita terima seadanya... Jika kita yakin bahawa Allah SWT akan sentiasa merestui perjuangan dan menerima doa-doa hamba-NYa... Insyaallah, kita akan berjaya...

Wallahualam...